Thursday, June 3, 2010

Hebat sangat ke belajar di Universiti?(Bahagian 1)

Sejak dari sekolah rendah lagi, hinggalah sekarang, kita selalu dipesan betapa pentingnya belajar menjadi orang cerdik dan pandai.

Macam tu jugak dengan aku. Sejak dari darjah 1 sampailah ke tingkatan 5, mak aku dan para guru di sekolah mengingatkan bahawa aku mestilah mendapatkan keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan.

Aku fikir kalau keputusan peperiksaan cemerlang, pasti masa depan aku terjamin. Tapi aku bukanlah pelajar yang cemerlang di sekolah. SPM pun aku dapat 2 A sahaja.

So, bila dapat keputusan macam tu, aku rasa sangat kecewa kerana aku yakin masa depan aku gelap. Kalau tak pandai macam mana nak masuk Universiti. Dan kalau tiada kelulusan tinggi, bagaimana nak dapat kerja-kerja yang bergaji besar.

Terus terang aku katakan di sini bahawa aku baru sahaja berhenti belajar di Universiti. Kenapa? Sebab aku baru dapat satu kesedaran.

Bersambung.................